Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pada hari-hari terkahir sebelum Aleppo dibebaskan kembali oleh Tentera Syria dan sekutunya, media barat dan sekutunya melakukan segala yang terdaya untuk memberikan tekanan kepada kerajaan Assad, Rusia dan sekutu mereka supaya menghentikan serangan ke atas kedudukan militan dan pengganas di Aleppo.
Berita yang mereka suakan kepada para pembaca ternyata berbeza sekali dengan realiti yang ada di lapangan dan perkara itu menimbulkan kehairanan dan kemarahan beberapa pihak yang menuduh mereka telah bersikap berat sebelah di dalam menukilkan berita dari kawasan konflik itu.
Namun yang menjadi tanda tanya ialah kenapa dan mengapa berita-berita yang dibawakan oleh media-media ini bersifat berat sebelah.
Seorang wartawan bebas dari Kanada, Eva Barlett mempunyai jawapannya dan perkara itu didedahkannya kepada dunia pada bulan lepas ketika operasi tentera kerajaan Damsyik di Aleppo hampir sampai ke penghujungnya.
Menurut wartawan yang kerap melawati Syria semenjak konflik itu bermula pada tahun 2011, kegagalan media barat adalah kerana mereka bergantung kepada pihak ketiga di dalam mendapatkan sumber berita mereka. Barlett mula-mula melontarkan keraguan ke atas "pertubuhan-pertubuhan antarabangsa" yang mana media barat mendapatkan berita daripada mereka. Pertubuhan ini juga didakwa mereka sebagai mempunyai wakil di kawasan konflik tersebut.
"Pertubuhan-pertubuhan ini bergantung kepada Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpusat di Coventry, UK dan dikendalikan oleh seorang lelaki sahaja. Mereka pula bergantung kepada kumpulan tertentu seperti Topi Putih (White Helmet). Mari kita berbicara tentang kumpulan Topi Putih ini, mereka ditubuhkan oleh bekas pegawai tentera Britain pada tahun 2013, mereka telah dibiayai sekitar USD 100 juta oleh A.S, UK, Eropah dan beberapa negara lain," kata Barlett.
Barlett juga mengingatkan bahawa kumpulan Topi Putih ini didakwa menyelamatkan orang awam di timur Aleppo dan Idlib. Akan tetapi tiada seorangpun di sana yang pernah mendengar tentang mereka.
"Saya kata tiada seorangpun yang pernah dengar tentang mereka walaupun sekitar 95 peratus kawasan di sekitar Aleppo sudah berjaya dibebaskan tentera kerajaan (11 Jan)," kata Barlett.
"Pada masa yang sama, kumpulan Topi Putih yang didakwa bersifat neutral dilihat membawa senjata dan bergambar dengan mayat Tentera Syria," tambahnya.
Dia juga menambah dengan berkata bahawa "rakaman video yang mengandungi kanak-kanak sudah dikitar berkali-kali di dalam beberapa laporan (mereka). Jadi anda boleh lihat seorang kanak-kanak perempuan bernama Aya yang muncul di dalam sebuah laporan, sebagai contoh, pada bulan Ogos akan muncul semula pada bulan hadapan di dua lokasi yang berbeza-beza," tambahnya.
"Jadi Topi Putih tidak kredibel. SOHR juga tidak kredibel. 'sumber yang tidak dinamakan' juga tidak kredibel. Sekali-sekala tidak mengapa. Akan tetapi kalau setiap kali bagaimana? Jadi sumber kamu di lapangan (siapa)? (Jawabnya ialah) kamu tidak punya satupun sumber di lapangan," tambah Barlett.
12 Januari 2017 - 06:59
News ID: 804408
Pada hari-hari terkahir sebelum Aleppo dibebaskan kembali oleh Tentera Syria dan sekutunya, media barat dan sekutunya melakukan segala yang terdaya untuk memberikan tekanan kepada kerajaan Assad, Rusia dan sekutu mereka supaya menghentikan serangan ke atas kedudukan militan dan pengganas di Aleppo.